Saturday, November 1, 2008

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

Thursday, October 30, 2008

Barang Paling Mahal

Pada suatu ketika,iblis mengiklankan bahawa ia akan membuat jualan murah perkakas-perkakas kerjanya. Pada hari tersebut seluruh perkakasnya di pamer untuk dilihat calon pembelinya lengkap dgn harga jualnya. Seperti kalau kita masuk kedai hardware barang yang dijual sungguh menarik dan semua barang kelihatan sangat berguna sesuai fungsinya dan harganya pun tak mahal.

Barang yang di jual antara lain: dengki,iri hati,tidak jujur, tak tahu terima kasih,malas,dendam, dan lain-lain.

Di suatu sudut display ada suatu perkakas yang bentuknya sederhana sudah agak buruk tetapi harganya amat tinggi bahkan jauh lebih tinggi di bandingkan yang lain.

Salah satu calon pembeli bertanya; "ini alat apa namanya?"

Iblis menjawab; "itu namanya PUTUS ASA"

"Kenapa harganya mahal sekali, padahal sudah buruk?"

"Ya,kerana perkakas ini sangat mudah dipakai dan berdaya guna tinggi. Saya dengan mudah masuk ke dalam hati manusia dengan alat ini dibandingkan dgn alat lain . Begitu saya berhasil masuk kedalam hati manusia saya dengan sangat mudah melakukan apa saja yg saya inginkan terhadap manusia, termasuk menjual semua barang jualan saya yang lain. Barang ini menjadi buruk kerana saya sering menggunakan kepada hampir semua orang kerana kebanyakkan manusia tidak tahu kalau putus asa itu milik saya."

Serahkan hidupmu pada ALLAH ,biarlah DIA saja yg ada dalam hatimu kerana bersamanya nescaya tidak akan kau ketemukan keputus asaan.

www.iLuvislam.com | elixir28 | Editor : u-Sop

Friday, October 17, 2008

Info Tazkirah

SIFAT SYURGA DAN AHLINYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Syukran to fara requested the maudu' syurga dan neraka...
Kami cerita dulu pasal Syurga...



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam doa yang tidak akan tertolak: Imam (pemimpin, hakim) yang adil, dan orang puasa ketika berbuka dan orang yang teraniaya, maka doanya terangkat diatas awan, dilihat oleh Tuhan lalu berfirman: "Demi kemuliaan dan kesabaranKu, Aku akan bela padamu walau hanya menanti masanya."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan temapt pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjdai tawar airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku."

Mujahid berkata: "Bumi syurga dari perak, dan tanahnya dari misik, dan urat-urat pohonnya dari perak, sedang dahannya dari mutiara dan zabarjad, sedang daun dan buahnya dibawah itu, maka siapa yang makan sambil berdiri tidak sukar, dengan duduk juga tidak sukar, dan sambil berbaring juga tidak sukar, kemudian membaca ayat: Wa dzulillat quthufuha tadzlila. (Yang bermaksud) Dan dimudahkan buah-buahnya sehingga semudah-mudahnya. Sehingga dapat dicapai oleh orang yang berdiri maupun yang duduk dan berbaring.

Abu hurairah r.a. berkata: "Demi Allah yang menurunkan kitab pada Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya ahli syurga tiap saat bertambah elok cantiknya, sebagaimana dahulu didunia bertambah tua."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Shuhaib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Apabila ahli syurga telah masuk kesyurga dan ahli neraka telah masuk keneraka, maka ada seruan: Hai ahli syurga, Allah akan menepati janji-Nya kepada kamu. Mereka berkata: "Apakah itu, tidakkah telah memberatkan timbangan amal kami dan memutihkan wajah kami dan memesukkan kami kedalam syurga dan menghindarkan kami dari neraka. Maka Allah membukakan bagi mereka hijab sehingga mereka dapat melihatNya, demi Allah yang jiwaku ada ditanganNya belum pernah mereka diberi sesuatu yang lebih senang daripada melihat zat Allah."

Anas bin Malik r.a. berkata: "Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. membawa cermin putih yang ditengahnya ada titik hitam, maka Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada Jibril: "Apakah cermin yang putih ini?" Jawabnya: "Ini hari Jumaat dan titik hitam ini saat mustajab yang ada dihari Jumaat, telah dikurniakan untuk mu dan untuk ummat mu, sehingga ummat-ummat yang sebelumnya berada dibelakangmu, iaitu Yahudi dan Nashara (kristian) dan saat dihari Jumaat, jika seorang mukmin bertepatan berdoa untuk kebaikan pada saat itu pasti ia akan diterima oleh Allah, atau berlindung kepada Allah dari suatu bahaya, pasti akan dihindarkannya, dan hari Jumaat dikalangan kami (Malaikat) dinamakan Yaumal Mazid (hari tambahan)."

Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah Yaumal Mazid itu?" Jawab Jibril: "Tuhan telah membuat lembah disyurga Jannatul Firdaus, disana ada anak bukitdari misik kasturi dan pada tiap-tiap hari Jumaat disana disediakan mimbar-minbar dari nur (cahaya) yang diduduki oleh para Nabi, dan ada mimbar-mimbar dari emas bertaburan permata yaqut dan zabarjada diduduki para siddiqin, suhada dan solihin, sedang orang-orang ahli ghurof (yang dibilik syurga) berada dibelakang mereka diatas bukit kecil itu berkumpul menghadap kepada Tuhan untuk memuja muji kepada Allah, lalu Allah berfirman: "Mintalah kepadaKu." Maka semua minta (Kami mohon keridhaanMu) Jawab Allah:"Aku telah redho kepadamu, keridhoan sehingga kamu Aku tempatkan dirumahKu dan Aku muliakan kamu." Kemudian Allah menampakkan kepada mereka sehingga mereka dapat melihat zatNya, maka tidak ada hari yang mereka suka sebagaimana hari Jumaat kerana mereka merasa bertambahnya kemuliaan dan kehormatan mereka.

Dalam lain riwayat: Allah menyuruh kepada Malaikat: "Berikan makan kepada para waliKu.", maka dihidangkan berbagai makanan maka terasa pada tiap suap rasa yang lain dari semuanya, bahkan lebih lazat sehingga bila selesai makan, diperintahkan oleh Allah: "Berikan minum kepada hamba-hambaKu." maka diberi minum yang dapat dirasakan kelazatannya pada tiap teguk dan ketika telah selesai maka Tuhan berfirman: "Akulah Tuhanmu telah menepati apa yang Aku janjikan kepadamu dan kini kamu boleh minta, nescaya Aku berikan permintaanmu." Jawab mereka: "Kami minta ridhoMu. kami minta ridhoMu." dua tiga kali. Dijawab oleh Allah: "Aku ridho kepadamu bahkan masih ada tambahan lagi daripadaKu, pada hari ini Aku muliakan kamu dengan penghormatan yang terbesar dari semua yang telah kamu terima." Maka dibukakan hijab sehingga mereka dapat melihat dzat Allah yang Maha Mulia sekehendak Allah, maka segera mereka bersujud kepada Allah sekehendak Allah sehingga Allah menyuruh mereka: "Angkatlah kepalamu sebab kini bukan masa beribadat." Maka disitu mereka lupa pada nikmat-nikmat yang sebelumnya dan terasa benar bahawa tidak ada nikmat lebih besar daripada melihat dzat Allah yang Maha Mulia. Kemudian mereka kembali maka semerbak bau harum dari bawah Arsy dari bukit kasturi yang putih dan ditaburkan diatas kepala mereka, diatas ubun-ubun kuda mereka, maka apabila mereka kembali kepada isteri-isterinya terlihat bertambah indah lebih dari semula ketika mereka meninggalkan mereka sehingga isteri-isteri mereka berkata: "Kamu kini lebih elok dari yang biasa."

Abul-Laits berkata: "Terbuka hijab, bererti hijab yang menutupi mereka untuk melihat-Nya. Dan erti melihat kepadaNya iaitu melihat kebesaran yang belum pernah terlihat sebelumnya tetapi kebanyakkan ahli ilmu mengerikan: Melihat dzat Allah tanpa perumpamaan."

Ikrimah berkata: "Ketangkasan ahli syurga bagaikan orang berumur 33 tahun lelaki dan perempuan sama-sa,a, sedang tingginya enam puluh hasta, setinggi nabi Adam a.s. muda-muda yang mesih bersih halus tidak berjanggut, bola matanya, memakaitujuh puluh macam perhiasan, yang berubah warnanya tiap-tiap jam, tujuh puluh macam warna, maka dapat melihat mukanya dimuka isterinya, demikian pula didadanya, dibetisnya, demikian pula isterinya dapat melihat wajahnya diwajah suaminya, didada dan dibetisnya, mereka tidak berludah dan tidak beringus, lebih-lebih yang lebih kotor, maka lebih jauh."

Dalam lain riwayat: "Andaikan seorang wanita syurga menunjukkan tapak tangannya dari langit nescaya akan menerangi antara langit dan bumi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya Zaid bin Arqam r.a. berkata: "Seorang ahlil kitab datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan bertanya: "Ya Abal-Qasim, apakah kau nyatakan bahawa orang syurga itu makan dan minum?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, demi Allah yang jiwa Muhammad ada ditanganNya, seorang ahli syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum dan jima (bersetubuh)." Dia berkata: "Sedang orang yang makan, minum ia lazimnya berhajat, sedang syurga itu bersih tidak ada kekotoran? Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Hajat seseorang itu berupa peluh yang berbau harum bagaikan kasturi."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Mu'tah bin Sumai mengenai firman Allah s.w.t.: "Thuba lahum wa husnu ma ab."

Thuba ialah pohon pokok disyurga yang dahannya dapat menaungi tiap rumah disyurga, didalamnya berbagai macam buah dan dihinggapi burung-burung besar sehingga bila seorang ingin burung dapat memanggilnya dan segera jatuh diatas meja makannya, dan dapat makan sayap yang sebelah berupa dinding dan yang lain berupa panggangan, kemudian bila telah selesai ia terbang kembali."

Dari Al'amasy dari Abu Salih dari Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Rombongan pertama akan masuk syurga dari ummatku bagaikan bulan purnama, kemudian yang berikutnya bagaikan bintang yang amat terang dilangit, kemudian sesudah itu menurut tingkatnya masing-masing, mereka tidak kencing dan buang air, tidak berludah dan tidak ingus, sisir rambut mereka dari emas dan ukup-ukup mereka dari kayu gahru yang harum dan peluh mereka kasturi dan bentuk mereka seperti seorang yang tingginya bagaikan Adam a.s. enam puluh hasta."

Ibn Abbas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya ahli syurga itu muda semua, polos, halus, tidak ada rambut kecuali dikepala, alis dan idep (dikelopak mata), sedang janggut, kumis, ketiak dan kemaluan polos tidak ada rambut, tinggi mereka setinggi Nabi Adam a.s. enam puluh hasta, usianya bagaikan Nabi Isa a.s 33 tahun, putih rupanya, hijau pakaiannya, dihidangkan kepada mereka hidangan, maka datang burung dan berkata: "Hai waliyullah, saya telah minum dari sumber salsabil dan makan dari kebun syurga dan buah-buahan, rasanya sebelah badanku masakan dan yang sebelahnya gorengan, maka dimakan oleh orang itu sekuatnya."

Dan tiap orang wali mendapat tujuh puluh perhiasan, tiap perhiasan berbeza warna dengan yang lain, sedang jari-jarinya ada sepuluh cincin, terukir pada yang pertama: Salam alaikum bima shobartum, dan yang kedua: Ud khuluha bisalamin aminin, yang ketiga : Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun, yang keempat: Rufi'at ankumul ahzana wal humum, yang kelima: Albasakum alhuli wal hulal, yang keenam Zawwa jakum ul hurul iin, yang ketujuh: Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun, yang kelapan: Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin, yang kesembilan: Shirtum syababa laa tahromun dan yang kesepuluh: Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran."

Ertinya:

  1. Salam alaikum bima shobartum Selamat sejahtera kamu kerana kesabaran kamu

  2. Ud khuluha bisalamin aminin Masuklah kesyurga dengan selamat dan aman

  3. Tilkal janatullati urits tumu ha bima kuntum ta'malun Itulah syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu

  4. Rufi'at ankumul ahzana wal humum Telah dihindarkan dari kamu semua risau dan dukacita

  5. Albasakum alhuli wal hulal Kami berimu pakaian dan perhiasan

  6. Zawwa jakum ul hurul iin Kami kahwinkan kamu dengan bidadari

  7. Walakum fihamatasy tahihil anfusu wa taladzzul a'yun wa antum fiha khalidun Untuk mu dalam syurga segala keinginan dan menyenangkan pandangan matamu.

  8. Rafaq tumunnabiyina wassiddiqin Kamu telah berkumpul dengan para Nabi dan Siddiqin

  9. hirtum syababa laa tahromun Kamu menjadi muda dan tidak tua selamanya

  10. Sakantum fi jiwari man laa yu'dzil jiran Kamu tinggal dengan tetangga yang tidak mengganggu tetangganya.

Abul-Laits berkata: "Siapa yang ingin mendapat kehormatan itu hendaklah menepati lima perkara ini iaitu:

  1. Menahan dari maksiat kerana firman Allah s.w.t.: "Wa nahannafsa anil hawa fainnal jannat hiyal ma'wa yang bermaksud "Dan menahan nasfu dari maksiat maka syurga tempatnya."

  2. Rela dengan pemberian yang sederhana sebab tersebut dalam hadis: "Harga syurga itu ialah tidak rakus pada dunia."

  3. Rajin pada tiap taat dan semua amal kebaikan sebab kemungkinan amal itu yang menyebabkan pengampunan dan masuk syurga seperti firman Allah s.w.t. : "Itu syurga yang diwariskan kepadamu kerana amal perbuatanmu."

  4. Cinta pada orang-orang yang soleh dan bergaul dengan mereka sebab mereka diharapkan syafa'atnya sebagaimana dalam hadis: "Perbanyaklah kawan kerana tiap kawan itu ada syafa'atnya pada hari kiamat."

  5. Memperbanyakkan doa dan minta masuk syurga dan husnul khotimah.

Sebagaimana ahli hikmah berkata: "Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat didunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan didunia, dan cukup dengan kesederhanaan yang ada didunia.

Ada seorang zahid makan sayur dan garam, lalu ditegur oleh orang: "Kamu cukup dengan itu tanpa roti?" Jawabnya: Saya jadikan makanan ini untuk syurga sedang kau jadikan untuk w.c, kau makan segala yang lazat dan akhirnya ke w.c, sedang saya makan sekadar untuk menguatkan taat, semoga saya sampai kesyurga."

Ibrahim bin Adham ketika masuk ketempat permandian dilarang oleh penjaganya: "Jangan masuk kecuali jika membayar wangnya." Maka ia menangis dan berdoa: "Ya Allah, seorang untuk masuk kerumah syaitan tidak diizinkan tanpa wang, maka bagaimana saya akan masuk ketempat para Nabi dan Siddiqin tanpa upah?"

Tersebut dalam wahya yang diturunkan pada sebahagian para Nabi itu: "hai Anak Adam, kau membeli neraka dengan harga mahal dan tidak mau membeli syurga dengan harga murah." Ertinya: Adakalanya pengeluaran untuk maksiat itu banyak dan ringan, tetapi untuk sedekah kebaikan sedikit dan berat."

Abu Hazim berkata: "Andaikata syurga itu tidak dapat dicapai kecuali dengan meninggalkan kesukaannya didunia, nescaya itu ringan dan sedikit untuk mendapat syurga, dan andaikan neraka itu tidak dapat dihindari kecuali dengan menanggung semua kesukaran-kesukaran dunia, niscaya itu ringan dan sedikit disamping keselamatan dineraka. Padahal kamu dapat masuk dan selamat dari neraka dengan sabar menderita satu peratus dari kesukaran."

Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: "Meninggalkan dunia berat tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia."

Anas bin Malik r.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa: "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa: "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."

Semoga Allah s.w.t. menghindarkan kami dari neraka dan memasukkan kami kedalam syurga. Dan andaikan didalam syurga itu tidak ada apa-apa kecuali bertemu dengan kawan-kawan nescaya itu sudah enak dan baik, maka bagaimana padahal disyurga itu segala kehormatan dan kepuasan itu semua ada.

Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga."

Abul-laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Manusia semua akan berdiri didekat neraka, kemudian mereka menyeberang diatas sirat (jambatan) diatas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang, ada yang bagaikan kuda yang cepat larinya, dan seperti lari orang, dan ada yang bagaikan terbang burung, dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan diatas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang dikanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk membantol (menyeret) orang-orang, maka ada yang selamat, ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur kedalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: "Robbi sallim saliim" (Ya Tuhan, selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk kesyurga, maka ia selamat dari sirat, terbuka baginya pintu syurga dan merasa tidak ada tempat baginya disyurga, sehingga dia berdoa: "Ya Tuhan, tempat saya disini." Jawab Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." Maka ditempatkan disitu, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga dia merasakan kerendahan tempat yang diberikan kepadanya, lalu ia berkata: "Ya Tuhan, tempatkan lah aku disitu." Dijawab oleh Tuhan: "Kemungkinan jika Aku beri kamu tempat ini lalu minta yang lainnya." Jawabnya: "Tidak, demi kemuliaanMu." kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama sehingga ditanya: "Apakah kau tidak minta?" Jawabnya: "Saya sudah minta sehingga merasa malu." Maka firman Allah s.w.t.: "Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat disyurga."

Abdullah bin Mas'ud berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya."

Dalam hadis: "Diantara wanita-wanita didunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amal perbuatannya ketika didunia."

Firman Allah s.w.t.: "Inna ansya'nahunna insya'a, fija'alnahunna abkara uruban atraba li ash habil yamin." yang bermaksud: "Kami cipta mereka baru dan Kami jadikan mereka tetap gadis yang sangat kasih dan cinta, juga tetap sebaya umurnya, untuk orang-orang ahlil yamin"

Monday, September 22, 2008

Keajaiban Alam...

Adakah anda tahu bagaimana anak ayam terjadi?

Assalaamu’alaikum w.b.t… dan selamat sejahtera.

SubhanAllah, canggih betul proses kejadian ayam dalam telur ni. Proses kejadian manusia dalam perut wanita pun lebih kurang begini juga.

Peringatan, kepada sesiapa yang ada lemah jantung, mudah loya dan sewaktu dengannya di nasihatkan berhati2 melihat gambar2 ini. Saya tidak bertanggung jawab ke atas apa2 yang berlaku ke atas anda. Jika anda rasa tidak boleh melihatnya maka jangan tengok!

Allah Maha Besar, ciptaan2Nya semuanya canggih. Ciptaan2 yang dilakukan oleh manusia pun menunjukkan kehebatan Allah S.w.t kerana Dia yang mencipta otak manusia itu. Maka segala puji hanya bagi Allah S.w.t …….









































Macam tak logik je kan. Macam mana dari cecair yang berwarna kuning pekat dan putih jernih boleh selepas itu keluar bulu, paruh, mata, tangan , kaki dan sebagainya. Haa logik ke tak logik, itulah kuasa Allah S.w.t. Yang Maha Bijaksana……

Sunday, September 7, 2008

Uji Tahap Stress Anda!!


Kali ini pihak kami ingin menguji tahap stress anda dengan sedikit ujian!

Gambar-gambar dibawah ini
bukan animation, tapi bersangkut paut dengan tekanan anda semua.. Gambar-gambar ni gambar biase saja, dan memang tiada unsur-unsur animation.. Kalau anda nampak gambar ni bergerak, itu bermakna anda sedang tertekan sekarang ini.. Kelajuan gambar tu bergerak bergantung kepada setinggi mane tekanan anda..
Semakin laju gambar tu bergerak, semakin tinggi la tekanan anda.. Kebanyakan kanak-kanak dan orang tua tidak nampak gambar tu bergerak ( faham-faham la kalau mereka nampak gambar tu tidak bergerak )

Tengok gambar-gambar ni selalu untuk mengetahui keadaan semasa diri anda..







Ujian ini dapat mengetahui tahap tekanan anda dengan betul...


**Ingat!! Jangan terlalu lama melihatnya sangat sehingga pening

Saturday, September 6, 2008

Combat Arms Menggegar



Kini Pihak Nexon telah menerbitkan sebuah permainan PC secara online untuk keseronokan para pemain yang expert tentang permainan secara online di seluruh dunia. Combat Arms sangat menggalakan daripada pemain dari seluruh dunia. Ini telah menyebabkan game ini telah ramai join untuk menyertai game online ini secara PERCUMA!!. Jadi usahlah kita membelinya. Kita hanya perlu mendownloadnya dari Official Site Combat Arms tersebut.

Game Features :

Pemilihan Watak

Jika anda lupa bawa ia dengan anda ke dalam medan perang, anda hanya mendapat diri kamu untuk kalah! Atas 30 arahan tetap senapang, daripada senapang-senapang serangan, SMGs, untuk senapang, adalah semuanya untulk askar anda, bersama dengan menengah senjata grenad yang lain seperti, roket-roket LAW, dan lombong. Sebagai tambahan kepada senjata, askar anda boleh terpedaya kerana tiada menyamar pelbagai, helmets, anak baju, dan barang-barang kosmetik ibarat berets, bandanas dan cermin mata hitam. Perkara-perkara baru setiap bulan akan menjadi menambah bahawa boleh memberi anda satu manfaat taktik yang baru di medan - jaga tersangat mata anda sedang mogok mereka!

Senjata-senjata Boleh Diubah

Boleh dikatakan semua senjata mempunyai alat tambahan pula dilengkapi dengan lampiran ibarat silencers, ruang lingkup, dan majalah-majalah dilanjutkan. Anda boleh menukar keperluan-keperluan mengikut misi anda!

Sentiasa Bertambah

COMBAT ARMS ialah secara langsung, mengikut kehendak permainan. Setiap bulan pihak penaja sentiasa menambahkan senjata baru, peta baru, alat kelengkapan baru dan mode yang baru. Anda juga boleh memenangi hadiah yang menarik!

Percuma untuk Bermain

Paling baik dari semua, COMBAT ARMS adalah Free kepada Play. Apakah ertinya ini? Erti nya anda tidak perlu membayar satu sen melainkan anda mahu untuk membayarnya secara rela. Apa anda mencapai melancarkan permainan akan sentiasa ada yang baru boleh didapati dengan percuma, dan kandungan percuma baru akan ditambah juga!

COMBAT ARMS ScreenShot :











Combat Arms Trailer and Gameplay :





Jom sign up disini <--

Ok nie ader Client Download untuk korang sumer!!

Klik Disini (456mb)

Bagi yang menggunakan Bittorrent client klik dibawah :
Hit Me for download

Say thanks!!

This game powered by :




Wednesday, September 3, 2008

Demigod Return

The God has Returned



Info:

Keluaran :
Stardock
Tajaan Bersama :
Gas Powered Games
Genre :
Role-Playing Depth and Team-based action/strategy
Platform : Windows PC
Players : 1-10
Undian ESRB :
RP (T Expected)
Tarikh Keluaran :
(2009)



What Is The Demigod??


* Revolutionary strategy/action game that combines tactical prowess with role-playing depth
* Battle in a persistent online world in multiplayer, or a virtual persistent universe in single-player, as you battle your way toward ascension
* Increase your Demigod's powers and abilities by leveling up during each battle
* Wage massive, earth-shattering battles across a series of awe-inspiring Arenas
* Seize key, strategic positions on the map and turn the tide against your enemy. Push deep into their base and destroy them once and for all
* Wage war alone or join forces with other Demigods and lay waste to mutual enemies




The all father has vanished, creating an opening in the pantheon. To fill the void, Demigods from across from the mortal world must wage war against one another in a bid to ascend to true godhood.

Demigod is a real-time, tactical strategy game that includes extensive role-playing elements. Choose from several Demigods, each poised for battle with their own unique capabilities and awe-inspiring powers. Vanquish other would-be gods as you gain levels, increase in power, unlock the power of mystic artifacts and slowly battle your way closer to joining the Pantheon.

Standing in your path are cunning and ferocious opponents that are controlled by either a sophisticated AI system, or by other players via the Internet. Both single- and multiplayer offer a persistent universe where your Demigod uses the spoils of victory to draw closer to ascension, thwart an enemy's attempt at ascension or even acquire powerful items that can be unleashed in the next battle.

The combination of awesome gameplay, incredible graphics and pulse-pounding action means that Demigod is infinitely replayable. You'll keep coming back again and again as you valiantly try to reach the Pantheon and bask in the glory of your final ascension.


Our Journals activity programme

I write this from the plane on the way to Redmond which is where Gas Powered Games is located.

Normally, publishers and developers have very explicit division of labor on projects. The developer makes the game, the publisher takes that game and markets, distributes is, and supports it.

As people observed with Sins of a Solar Empire, you can get tremendous results when the developer and publisher combine their teams together into a single "big" team.

That means Gas Powered Games will be intimately involved in the marketing of Demigod and it means Stardock will be very involved during development. At GPG, I'll be sitting in the "bull pen" with the development team working on the game itself. And together, we will be able to tap into the combined team's resources to get things done much more quickly.

Of course, the crucial element that can't be forgotten is the public beta program. Here's how it works:

We get the first beta out to you sometime in the first week of September. The goal here is to just see how well the thing works on people's computers. It won't be anywhere nearly fully functional. But we'll rapidly be enabling features and getting feedback which we'll be able to address.

AI needs help? AI developers at Stardock (including myself) can help. Need more map elements? Let us know and we'll see who is available to help on that too.

Similarly, advertisements and promotions for the game will get posted here before they go live typically. Art work, ideas and concepts won't be from Stardock's marketing team alone but rather the Gas Powered Games development team as well as anyone else.

One of the reasons why the Sins of a Solar Empire ads came out so well is because Ironclad (the developer) was so involved in the actual creation of the ads. It also didn't hurt that we put out the ads on the forums before they went to print where fans could make suggestions on how the ads could be improved.

Right now, we're playing the internal beta. The part that we're most challenged by at present is how quickly we can implement the Hamachi-like multiplayer system so that players who don't know what router ports are and such won't have to worry about them anymore. The first beta won't have that in there (I'm not sure as yet how much, if any, multiplayer will be in the initial beta 1 engine test portion).

One other thing players may find interesting is that GPG and Stardock have nearly a full year of free updates planned for Demigod. While the single player portion of the game is very important, our hope is to make Demigod the preeminent multiplayer strategy game for tournaments and such since the actual game-play is supports a lot more team mechanics than the traditional Starcraft or even Supreme Commander model would.

We'll have a pre-beta 1 showing at PAX in Seattle this weekend. If you're in the Washington area, be sure to stop by the Penny Arcade Expo. Chris Taylor and I will be giving live demos. :)

DEMIGOD SCREEN SHOT GAME :










DEMIGOG GAME TRAILER :