Saturday, March 7, 2009

Salam Maulidurasul 1430

Assalamualaikum w.b.t..saya terjumpa satu artikel mengenai Maulidurasul.. kalau tak silap ni khutbah Jumaat.. So saya edit sedikit... kalu panjang-panjang pun bukannya baca sangat..

Semoga dapat sedikit peringatan dan pengajaran..InsyaAllah...

12 Rabiulawwal, kita menyambut hari bersejarah memperingati lahirnya junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah s.w.t. yang diutuskan untuk membawa kerahmatan kepada seluruh umat di dunia sehingga akhir zaman.

Mengapa Rasulullah s.a.w dipilh oleh Allah s.w.t.? dan bagaimana baginda berjaya di dalam misi ini?.
Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan Baginda seperti hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan kaum kafir juga Baginda sering menunjukkan akhlak mulia ini.

Ummul Mu’minin Saidatina Aisyah r.a. pernah ditanya, mengenai akhlak Baginda s.a.w, maka Saidatina Aisyah menjawab dengan katanya yang bermaksud:
"akhlak Baginda adalah Al-Quran"

Bersempena dengan sambutan memperingati kelahiran junjungan besar Baginda s.a.w, eloklah kita menanam keazaman untuk mencontohi akhlak dan sirah perjalanan hidup Baginda Rasulullah s.a.w . Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi:
  1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui.
  2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak.
  3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya.
  4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka.
  5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan.
  6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya.
  7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan.
Oleh itu, dikesempatan ini marilah sama-sama kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, kita juga dituntut melakukan muhasabah diri dan mengambil iktibar untuk dihayati.

wallahua'alam...

No comments: